Friday, January 3, 2014

Diesel Generator


Diesel Generator

Kongsi ilmu – tahukah tangki simpanan diesel (dan bahan bakar berasaskan petroleum lain) di tempat kerja ada perlu mendapatkan lesen penstoran dari KPDNKK?

KPDNKK hanya akan mengeluarkan lesen ini setelah mendapat surat sokongan dari Bomba. Selain dari keperluan kebombaan (fire safety), tangki simpanan diesel tersebut juga perlu ada “secondary containment”.

Akta 302 Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
BAHAGIAN VI PENGENDALIAN DAN PENSTORAN PETROLEUM
Lesen penstoran petroleum dan pengendalian petroleum
19. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seorang pun boleh menstor atau mengendalikan apa-apa petroleum melainkan jika dia ialah pemegang lesen penstoran petroleum yang sah atau lesen pengendalian petroleum yang sah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diberi di bawah Akta ini yang membenarkan penstoran atau pengendalian petroleum dan memperuntukkan bahawa petroleum itu hendaklah distor atau dikendalikan mengikut apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang terdapat pada lesen itu.

Penalti (i) < RM 10K + RM 2K/hari + barangan disita/dilucut hak

Akta penuh dboleh di-download di sini.

No comments: